Dapur Amie
Sharing is caring... :)
Wednesday, February 28, 2018
Goat Milk Scones (Scone Susu Kambing)
Tuesday, February 27, 2018
Cara Membuat Susu Yogurt Menggunakan Yogurt Sediaada
1. Susu segar
2. Plain yogurt (Live culture)
3. Bekas bertutup yang telah dibersihkan
Cara-cara:
1. Pastikan bekas yang digunakan dicuci bersih dan dibilas dengan air panas.
2. Masukkan 1 cawan susu segar ke dalam bekas yang sudah dibersihkan.
3. Tambahkan 3 sudu besar yogurt.
4. Peram pada suhu persekitaran selama 20-24 jam.
Percutian Singkat Ke Cameron Highland, Pahang
Lama betul tak update blog ni kan.. Balik dari bercuti ni terpanggil untuk berkongsi trip bercuti singkat ke Cameron Highland, Pahang. Memandangkan en hubby susah nak dapat cuti, kami plan terjah je ke Cameron Highland Sabtu lepas. Kalau nak tunggu plan betul2 ntah bila la dapat sebab dua dua sibuk manjang dengan kerja masing2.. Masa yang ada untuk kami 2 hari 1 malam. Tupun hari perjalanan sangkut dengan Majlis lain di Ampang. Gerak dari Ampang dah jam 3.00ptg. Highway taklah jem sangat minggu lepas. Saat last minute ni kami menggunakan App TripAdvisor and Agoda tuk cari hotel yang ok. Kawan2 juga membantu bagitau mana hotel yang ok.
Kami melalui laluan Tapah-Tanah Rata. Jalan memang teruk sikit tapi nak jimat KM jadi kami ambil jalan Tapah. Pastikan dan periksa dahulu keadaan kereta dan tayar kereta anda. Dan pastikan hari masih siang melalui jalan Tapah-Tanah Rata ni. Sebab apa2 berlaku susah sikit memandangkan tiada line telefon sepanjang perjalanan sehingga sampai Ringlet. Celcom pun tak dapat line.. Nasib..
Alhamdulillah lebih kurang jam 6.45petang kami tiba di hotel. Kami menginap di Hotel Heritage memandangkan hotel menawarkan harga serendah RM 175.30 semalam tanpa breakfast. Kami plan esok nak breakfast di ladang teh BOH Sungai Palas je. Bilik sangat ok. Luas, bersih dan view cantik sangat. Pada ketika itu suhu dah cecah 15-17degree. Memang sangat sejuk la..
Aktiviti malam adalah keluar ambil angin malam dan dinner. Kami dinner di restoran tapak pasar malam cameron yang baru terletak di simpang masuk Heritage je. Kat sini ada steamboat, western dan macam2 la masakan panas.
Keesokan paginya kami plan aktiviti awal pagi disebabkan nak mengelak jalan jem. Di Cameron ni kalau boleh elakkan pergi weekend atau time cuti sekolah.. Jalan memang jem teruk.. Menambah stress kepada pemandu je.
Tips yang berguna. Awal pagi silalah melawat kawasan sebelah Brinchang dahulu. Bila dah masuk jam 11.00pg silalah turun ke arah Tanah Rata. Sebab time tengah hari orang dah berpusu2 naik ke arah Kea Farm dan Brinchang. Memang jem teruk.
Tempat wajib pergi time singkat ni Ladang Teh BOH Sungai Palas. En Hubby excited sangat sebab tak pernah jejak kaki lagi ke sini.. Terkejut jugak sampai2 je orang dah penuh. Beratur nak memesan makanan dan minuman. Tempat duduk pun penuh.
Pejam celik dah nak tengahari. Terpaksa keluar cepat untuk checkout hotel sebelum jam 12.00 tghari. Kawasan Brinchang kami hanya sempat melawat ladang teh BOH je. Dalam perjalanan ke hotel sempat singgah di Kea Farm beli sayur segar. Kat sini harga sayur2 memang sangat murah. 16 paket RM10 je.
Selepas checkout hotel kami ke YZ Agro Farm (strawberry farm). Ladang ni kepunyaan Bumiputra rasanya. Kat sini ada makanan untuk lunch nasi dan lauk pauk.. Tapi yang penting kene rasa Jus Strawberru fresh dari ladang ni.. Kat sini juga katanya ada scone yang sedap.. Terbukti memang sedap. Tak sempat nak ambil gambar scone tu sedap sangat makan dalam kereta dalam perjalanan pulang. Cumanya kat sini harga jem strawberry dan buah strawberry je mahal sikit berbanding di Healthy Strawberry Farm.
Masa berlalu sangat pantas. Kami sempat ke Healthy Strawberry Farm semata untuk membeli buah strawberry fresh sebab di sini menawarkan harga yang lebih murah. Beli 2 bungkus yang besar RM30 dapat free 2 bungkus yang kecil.. Terbaik! 👍
Dalam perjalanan pulang sempat singgah ke Ladang Teh Cameron Valley (Barath Tea) kat tepi jalan je dari Tanah Rata tak jauh. Tapi tak sempat nak singgah lama sebab masa tidak mengizinkan. En hubby kata nanti plan lain masa mungkin kene stay lebih 2 hari katanya baru puas sikit.. Hehe..
Percutian singkat tapi puas hati.. Alhamdulillah. Kos yang habis untuk kami berdua lebih kurang RM600++ termasuk kos petrol, tol, hotel, makan minum dan shopping. Kalau nak lebih jimat elakkan shopping banyak sangat ye.. Hehe 👍
Selamat bercuti! 😍
Monday, April 24, 2017
Sabun Organik
Assalamualaikum semua.. Dan Salam sejahtera.. Dah lama rasanya blog ini tidur lena. Tibalah masa untuk bangun kembali..
Ok.. Bila cakap pasal barang organik ni apa yang terlintas di fikiran anda? Macam2 kan? Barang organik ni adalah dari sumber organik bebas bahan kimia. Saya telah menjadi pengguna sabun organik sejak tahun lepas lagi.
Memang pada awalnya agak payah dan sukar untuk saya menerima sabun organik ni. Yerlah.. Bila mandi guna sabun ni takde meninggalkan bau wangi pun macam sabun2 lain kan.. Tapi tetap tak putus asa.. Guna jer dulu sabun ni untuk melihat keberkesanannya..
Ok.. Tiba masa untuk saya berkongsi di sini. Selepas sebulan menggunakan sabun organik ni apa yang saya lihat perubahan pada kulit amat jelas.. Kulit terasa licin, lembut, bersih dan sentiasa lembab. Kalau anda perasan bila lepas mandi dengan sabun biasa, kulit kita akn jadi kering memerlukan lotion yang banyak untuk lembabkan balik. Sejak dari itu.. Saya terus menggunakan sabun organik untuk mandi dan mencuci muka.
Wangi perfume tak semestinya baik untuk kulit kita.. Semua bahan kimia juga sangat tak elok untuk kulit. Sabun-sabun anti bakteria yang dijual di luar semuanya mengandungi bahan pengawet dan pewangi. Ini adalah untuk menarik pelanggan membeli produk mereka. Pernahkah anda terfikir dalam sehari berapa banyak bahan kimia yang anda telah berikan pada tubuh anda termasuk dalam makanan seharian anda?
Jadi marilah sama-sama bertukar kepada sabun organik untuk kesihatan kulit kita...
Antara koleksi sabun organik yang saya gunakan adalah seperti berikut:
1. Sabun organik susu kambing dengan arang
2. Sabun organik susu kambing dengan kayu manis
3. Sabun organik honey oat untuk kulit sensitif
4. Sabun organik beras dengan luffa
5. Sabun organik kopi oren luffa
Di manakah boleh kita dapatkan sabun-sabun organik?
Zaman IT sekarang sangat mudah. Anda boleh ke laman-laman web yang menghidangkan barang-barang organik khususnya ataupun buat sendiri di dapur..
Teruja untuk membuat sabun organik di rumah?
Dipersilakan menjemput saya untuk mengajar cara-cara membuat sabun organik memandangkan saya telah mengikuti kelas teknik membuat sabun pada tahun lepas..
Jika anda tiada masa untuk membuat sabun organik di rumah.. Jangam risau anda boleh dapatkan sabun homemade saya dengan harga special..
Marilah kita sama-sama bertukar kepada sabun organik. Anda akan rasakan perubahan positif pada diri anda.. Percayalah..
Friday, October 7, 2016
PAKU RAWAN
![]() |
Photo by Dapur Amie |
KANDUNGAN DALAM PAKU RAWAN
Sumber: http://wwwherbs-medicine.com
Sunday, June 26, 2016
Kebaikan Biji Anggur
2 hari lepas ada rakan berkongsi kebaikan biji anggur..sebelum ni aku xpernah pun hairan biji anggur ni..kalau beli anggur mesti nak cari yg xde biji..biji anggur ni mcm menyusahkan aje kalau ada time nk kunyah anggur kan..? Rupanya biji anggur ni byk khasiatnya..aduhai..kenapalah tak tau dari awal kan..?
Antara kebaikan biji anggur:
1. Mempunyai antioksidan paling banyak
2. Boleh melancarkan aliran darah
3. Mengurangkan kolestrol
4. Bagus utk pesakit diabetes
5. Mencegah stroke
6. Mencantikkan kulit
7. Awet muda
8. Membantu menguruskan berat badan..
Alamak..byk khasiatnya...rugi..rugi kalau buang biji anggur ni kan..?
Bila dah dapat info ni, aku terus ke kedai beli anggur yang ada biji..tak pernah2 dibuatnya beli anggur berbiji.. Balik rumah time bersahur tadi juga aku kisar anggur berbiji dengan timun dan lemon minum buat jus.. ;)
Wednesday, May 25, 2016
Sup Miso Amie
Atas permintaan rakan facebook dapur amie..ni dia resepinya..senang sahaja.
1. Cuci bersih cendawan shitake , hiris nipis, gaul dengan kicap pekat dan minyak bijan, kemudian bakar sekejap dalam oven.
2. Potong dadu tauhu, gaul dengan kicap pekat dan minyak bijan, kemudian bakar atas dapur.
3. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang bersama leeks atau daun bawang. Tumis sampai kekuningan. Kemudian masukkan stok ayam dan air. Reneh suh sampai mendidih.
4. Masukkan bebola ayam dan seaweed atau sayur bayam.
5. Padam api dan masukkan 2-3 sudu makan tauchu atau soya bean paste atau miso paste. Siap..
Nak pedas sila tambah cili... ;)
Bole di makan dengan apa sahaja mee yang anda suka..
https://m.facebook.com/Dapur-Amie-673233916020141/
Friday, May 20, 2016
Kopi Minyak Kelapa Dara
Ramai yang tidak menyedari kopi dengan minyak kelapa ni sebenarnya minuman yang berkhasiat yang sepatutnya diminum setiap pagi..
Antara kelebihan minyak kelapa dara dalam kopi:
1. Minyak kelapa ni mengandungi asid lemak tak tepu "medium chain fatty acids" yang mana sangat bagus untuk badan dan mengurangkan kolesterol dalam darah
2. Meningkatkan kadar metabolisma badan dan membakar kalori dengan banyak
3. Bantu menyeimbangkan hormon tiroid dan pengeluaran asid yang bole menurunkan berat badan
4. Memberi tenaga dan mengurangkan stress
5. Meningkatkan sistem pertahanan badan
Jadi kan lebih baik kita minum kopi bersama minyak kelapa daripada creamer atau susu sejat kan?
Resepi nak buat kopi minyak kelapa dara mudah sahaja:
Kisar sahaja kopi O secawan dengan 2 sudu besar minyak kelapa dara dan sedikit brown sugar...siap..
Paling elok minum waktu pagi sebelum memulakan kerja di pejabat..barulah rasa segar megar dan bertenaga sepanjang hari.. ;)
Thursday, May 19, 2016
Blueberry Milk Kefir
Khas buat yang jaga badan...
Bahan:
1 cawan susu kefir
1 sudu kecil brown sugar
1/2 sudu perisa vanila
Blueberry ikut suka nak banyak mana..
Caranya mudah...kisar semua bahan2 tu..siap..sangat sedap...lebih sedap dari bliss yogurt yg mahal jual kat luar tu..
Mnum hari2...bole cepat kurus dgn sihat..cuba jgn tak cuba.. :)
Wednesday, April 20, 2016
Vanilla Coffee Body Scrub
1. Membantu menghilangkan selulit
2. Menghaluskan kulit
3. Menghilangkan bau badan
4. Melembabkan kulit
5. Membuang sel2 kulit mati
6. Mengurangkan kegatalan kulit
7. Membuang radilal bebas pada kulit
8. Memberi zat/nutrient pada kulit
Campurkan kopi dengan gula perang dan apa sahaja bahan yang anda suka. Kalau nak minta saya tolong sediakan pun boleh..sila maklumkan.. ;)