Tuesday, February 27, 2018

Percutian Singkat Ke Cameron Highland, Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Lama betul tak update blog ni kan.. Balik dari bercuti ni terpanggil untuk berkongsi trip bercuti singkat ke Cameron Highland, Pahang. Memandangkan en hubby susah nak dapat cuti, kami plan terjah je ke Cameron Highland Sabtu lepas. Kalau nak tunggu plan betul2 ntah bila la dapat sebab dua dua sibuk manjang dengan kerja masing2.. Masa yang ada untuk kami 2 hari 1 malam. Tupun hari perjalanan sangkut dengan Majlis lain di Ampang. Gerak dari Ampang dah jam 3.00ptg. Highway taklah jem sangat minggu lepas. Saat last minute ni kami menggunakan App TripAdvisor and Agoda tuk cari hotel yang ok. Kawan2 juga membantu bagitau mana hotel yang ok.

Kami melalui laluan Tapah-Tanah Rata. Jalan memang teruk sikit tapi nak jimat KM jadi kami ambil jalan Tapah. Pastikan dan periksa dahulu keadaan kereta dan tayar kereta anda. Dan pastikan hari masih siang melalui jalan Tapah-Tanah Rata ni. Sebab apa2 berlaku susah sikit memandangkan tiada line telefon sepanjang perjalanan sehingga sampai Ringlet. Celcom pun tak dapat line.. Nasib..


Alhamdulillah lebih kurang jam 6.45petang kami tiba di hotel. Kami menginap di Hotel Heritage memandangkan hotel menawarkan harga serendah RM 175.30 semalam tanpa breakfast. Kami plan esok nak breakfast di ladang teh BOH Sungai Palas je.  Bilik sangat ok. Luas,  bersih dan view cantik sangat. Pada ketika itu suhu dah cecah 15-17degree. Memang sangat sejuk la..



Aktiviti malam adalah keluar ambil angin malam dan dinner. Kami dinner di restoran tapak pasar malam cameron yang baru terletak di simpang masuk Heritage je. Kat sini ada steamboat, western dan macam2 la masakan panas.




Keesokan paginya kami plan aktiviti awal pagi disebabkan nak mengelak jalan jem. Di Cameron ni kalau boleh elakkan pergi weekend atau time cuti sekolah.. Jalan memang jem teruk.. Menambah stress kepada pemandu je.

Tips yang berguna. Awal pagi silalah melawat kawasan sebelah Brinchang dahulu. Bila dah masuk jam 11.00pg silalah turun ke arah Tanah Rata. Sebab time tengah hari orang dah berpusu2 naik ke arah Kea Farm dan Brinchang. Memang jem teruk.


Tempat wajib pergi time singkat ni Ladang Teh BOH Sungai Palas. En Hubby excited sangat sebab tak pernah jejak kaki lagi ke sini.. Terkejut jugak sampai2 je orang dah penuh. Beratur nak memesan makanan dan minuman. Tempat duduk pun penuh.






Pejam celik dah nak tengahari. Terpaksa keluar cepat untuk checkout hotel sebelum jam 12.00 tghari.  Kawasan Brinchang kami hanya sempat melawat ladang teh BOH je. Dalam perjalanan ke hotel sempat singgah di Kea Farm beli sayur segar. Kat sini harga sayur2 memang sangat murah. 16 paket RM10 je.

Selepas checkout hotel kami ke YZ Agro Farm (strawberry farm). Ladang ni kepunyaan Bumiputra rasanya. Kat sini ada makanan untuk lunch nasi dan lauk pauk.. Tapi yang penting kene rasa Jus Strawberru fresh dari ladang ni.. Kat sini juga katanya ada scone yang sedap.. Terbukti memang sedap. Tak sempat nak ambil gambar scone tu sedap sangat makan dalam kereta dalam perjalanan pulang. Cumanya kat sini harga jem strawberry dan buah strawberry je mahal sikit berbanding di Healthy Strawberry Farm.


Masa berlalu sangat pantas. Kami sempat ke Healthy Strawberry Farm semata untuk membeli buah strawberry fresh sebab di sini menawarkan harga yang lebih murah. Beli 2 bungkus yang besar RM30 dapat free 2 bungkus yang kecil.. Terbaik! 👍

Dalam perjalanan pulang sempat singgah ke Ladang Teh Cameron Valley (Barath Tea) kat tepi jalan je dari Tanah Rata tak jauh. Tapi tak sempat nak singgah lama sebab masa tidak mengizinkan. En hubby kata nanti plan lain masa mungkin kene stay lebih 2 hari katanya baru puas sikit.. Hehe..

Percutian singkat tapi puas hati.. Alhamdulillah. Kos yang habis untuk kami berdua lebih kurang RM600++ termasuk kos petrol, tol, hotel, makan minum dan shopping. Kalau nak lebih jimat elakkan shopping banyak sangat ye.. Hehe 👍

Selamat bercuti! 😍




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.