Wednesday, February 28, 2018

Goat Milk Scones (Scone Susu Kambing)

Pasti ada lagi yang tak pernah dengar scone kan? Scone ni makanan barat. Dia macam roti/kek yang sangat simple dan cepat dimasak "quick bread/cake". Biasa dimakan bersama mentega, krim dan jem strawberry. 


Kalau pegi Cameron Highland boleh cuba makan scone fresh dengan suasana macam kat luar negara je kan.. Best tu.. 👍

Dulu selalu jugak rajin buat scone untuk breakfast atau minum petang. Malam ni dapat ilham pulak untuk menggunakan susu kambing buat scone.  

Sebelum ni saya pernah share resepi basic scone. Bagi yang inginkan kelainan boleh cuba resepi ni.. 

Bahan-bahan:
2 cawan tepung
2 sudu besar baking powder
1/2 cawan mentega beku dipotong dadu
3/4 cawan Susu kambing
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
1. Panaskan oven anda 200degree
2. Campurkan garam, gula dan baking powder ke dalam tepung
3. Ramaskan tepung dengan mentega sampai tekstur halus 
4. Ulikan dengan susu kambing sampai menjadi doh.  Untuk resepi ni saya guna 3/4 cwn susu kambing. 
5. Canaikan dan guna acuan bulat untuk membentuk scone
6. Masukkan ke dalam loyang dan sapukan sedikit susu di bahagian atas doh. 
7. Bakar sampai bawah dan atas kekuningan. Adjust kepanasan oven atas bawah mengikut jenis oven masing-masing

Selamat mencuba! 😍

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.