Friday, October 7, 2016

PAKU RAWAN

PAKU RAWAN

Paku rawan (Limnocharis flava) adalah sejenis tumbuhan air. Nama lain bagi paku rawan adalah keladi merawan, keladi bunga keloyok, centongan (bahasa jawa), keladi sesenduk, selimpat, kemelin, kelayau, genjer, keladi itik, lagung, samsir dan pelbagai lagi. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan paya, kawasan berair, kolam dan sawah.
Mempunyai bentuk yang sangat unik pada pendapat aku la..Berketinggian 15 cm, tumbuh secara rumpun, daun seperti bentuk segitiga dan bunga mempunyai 3 kelopak bertangkai, bewarna kuning yang sangat unik. Ini info yang aku boleh kongsi. Aku hanya jumpa pucuk bunga paku rawan yang dijual di pasar malam di Ipoh, Perak. Yang uniknya, sayur ini aku tak pernah pula menjumpainya di Johor.









Photo by Dapur Amie

    KANDUNGAN DALAM PAKU RAWAN


    Bagi 100 gm sayuran;
        Tenaga: 33 kcal
 Protein: 1.7 gr
 Karbohidrat: 7.7 gr
 Calcium: 62 mg
 Phosphorus: 33 mg
 Iron: 2 mg

KHASIAT PAKU RAWAN

1.    Membantu dalam pembentukan sel badan
Seperti sedia maklum kandungan Protein yang terkandung dalam Paku Rawan ini akan membantu dalam proses pembentukan sel baru dalam badan.

2.    Menguatkan tulang
Kandungan kalsium yang tinggi dalam Paku Rawan akan membantu menguatkan tulang dan gigi.

3.  Merawat sembelit
Tumbuhan ini juga jenis berair dan sangat membantu dalam merawat penyakit sembelit. Ia juga dipercayai sangat bagus untuk sistem pencernaan badan. Bagi yang sentiasa mengamalkan makan Paku Rawan ini insyaAllah dapat menghindari dari penyakit usus seperti kanser usus dan sebagainya.

 4.    Antioksida yang baik
Kandungan polyphenol dalam Paku Rawan ini akan bertindak sebagai antioksida yang baik untuk badan.

5.    Menguruskan badan
Seperti sedia maklum, Paku Rawan mengandungi fibre dan bagus untuk sistem pencernaan, maka secara tak langsung boleh membantu sesiapa yang sedang berdiet kuruskan badan kan..? Inilah yang sedap didengar kan..? Hehe

KEGUNAAN PAKU RAWAN

Kebiasaannya Paku Rawan direbus dan dijadikan ulam-ulaman dalam makanan. Selain itu, ada juga yang makan dengan cara menggoreng Pucuk Paku Rawan ini dengan belacan, udang dan cili padi. Rasanya sedikit pahit tetapi sangat sedap dimakan.

    RESEPI SIHAT PAKU RAWAN:
    
Photo by Dapur Amie
  1.  Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi dengan sedikit minyak kelapa.
  2.  Tambahkan sedikit air dan sos tiram.
 3.  Masukkan Paku Rawan yang telah dipotong dan dibersihkan.
 4. Goreng sekejap sahaja. Jangan sampai layu sangat.
 5.  Siap untuk dimakan. Hidangkan dengan tempe goreng dan bijan putih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.