Friday, May 20, 2016

Kopi Minyak Kelapa Dara

Ramai yang tidak menyedari kopi dengan minyak kelapa ni sebenarnya minuman yang berkhasiat yang sepatutnya diminum setiap pagi..

Antara kelebihan minyak kelapa dara dalam kopi:

1. Minyak kelapa ni mengandungi asid lemak tak tepu "medium chain fatty acids" yang mana sangat bagus untuk badan dan mengurangkan kolesterol dalam darah

2. Meningkatkan kadar metabolisma badan dan membakar kalori dengan banyak

3. Bantu menyeimbangkan hormon tiroid dan pengeluaran asid yang bole menurunkan berat badan

4. Memberi tenaga dan mengurangkan stress

5. Meningkatkan sistem pertahanan badan

Jadi kan lebih baik kita minum kopi bersama minyak kelapa daripada creamer atau susu sejat kan?

Resepi nak buat kopi minyak kelapa dara mudah sahaja:

Kisar sahaja kopi O secawan dengan 2 sudu besar minyak kelapa dara dan sedikit brown sugar...siap..

Paling elok minum waktu pagi sebelum memulakan kerja di pejabat..barulah rasa segar megar dan bertenaga sepanjang hari.. ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.