Wednesday, April 20, 2016

Kefir

Apa itu kefir?

Kefir adalah sejenis makanan yang kaya dengan mikroorganisma baik yang membantu menyeimbangkan ekosistem dalam badan kita. Ia lebih berkhasiat daripada yogurt. Ia mengandungi protein lengkap, mineral tambahan dan vitamin2.
Kefir boleh dimakan pada bila2 masa sahaja dan menjadi makanan tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan badan.
Kefir terdapat 2 jenis iaitu air kefir (water kefir) dan susu kefir (milk kefir). Mudah sahaja untuk menyediakan kefir di rumah.

Air kefir:
Ibu air kefir ini seperti gel (jelly like) bergranul. Boleh disimpan kering di dalam peti sejuk atau di suhu bilik sepanjang masa.

Cara penyediaannya:
Bancuhkan 3 cawan air mineral atau air tapis dengan sesudu besar gula merah, sesudu besar gula tebu, sedikit buahan kering seperti kismis atau lain2. Kemudian masukkan sesudu besar ibu kefir td. Peram selama 24jam pada suhu bilik. Selepas 24 jam tapiskan air kefir ke dalam botol kaca yang bersih dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh diminum pada bila2 masa sahaja.

Susu kefir:
Ibu susu kefir berbentuk seperti gel berwarna putih. Cara penyimpanan sama seperti ibu air kefir.

Cara penyediaan:
Bancuhkan 3 cawan susu segar yang suam tidak terlalu sejuk atau panas dengan sesudu besar ibu susu kefir. Peram susu selama 24 jam pada suhu bilik. Apabila susu didapati memekat dan terapung di atas, kacau perlahan2 dengan sudu plastik dan tapiskan susu kefir ke dalam bekas minuman yang bersih. Kemudian boleh la diminum dan disimpan di dalam peti sejuk. Jika nak lebih sedap, saya suka kisarkan susu kefir dengan mangga beku, pisang beku dan santan beku. Rasanya lebih sedap daripada bliss yogurt yang dijual di luar..

Gambar di atas adalah gambar proses fermentasi air kefir

Gambar di atas adalah gambar proses fermentasi susu kefir

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.