Wednesday, April 20, 2016

Susu Kacang Badam / Almond Milk

Susu kacang badam ni banyak khasiatnya..antaranya:

1. Mengandungi asid lemak omega 3 yang boleh mengurangkan kolestrol dalam darah dan menyihatkan jantung
2. Mencantikkan kulit dan awet muda
3. Mengandungi kalsium yang tinggi dan vitamin D bagus untuk kesihatan tulang
4. Memberi tenaga menjadikan kita lebih segar dan kekal aktif

Cara nak buat susu kacang badam ni senang aje:
1. Rendamkan kacang badam dengan air tapis selama lebih 4 jam bagi tujuan menyingkirkan enzim pada kulit badam supaya segala vitamin dan khasiat daripada badam mudah dikeluarkan.
2. Selepas rendam, badam dicuci dengan air tapis dan di toskan.
3. Kisar badam tadi dengan air tapis sehingga halus dan menjadi susu
4. Tambahkan vanilla, serbuk kayu manis dan kurma atau madu mengikut citarasa anda.
5. Tapis susu badam dengan tapis kain ke dalam bekas minuman.
6. Sejukkan di peti sejuk. Boleh disimpan sejuk selama 3 hari.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.