Monday, November 2, 2015

Scones Simple

Disebabkan ramai juga tertunggu2 resepi scones ni..saya pun mencuri masa malam ni untuk berkongsi resepi scones yang menjadi ni.. masih ada yang tak tau apa itu scones kan? Scones ni adalah biskut kek sesuai dijadikan breakfast atau mnum petang...
Caranya mudah sahaja rupanya...
2 cawan tepung saya ramaskan dengan mentega beku sebanyak 1/2 cawan sehingga teksturnya seperti pasir.. guna tepung kek yang beserbuk penaik.tambahkan garam secubit dan gula ikut suka ke dalam tepung tu.
Kemudian uli campuran tepung tu dengan susu segar sehingga menjadi doh yang elok. Lepas tu bole la canai doh dan terapkan ikut bentuk yang anda suka. Sapukan lebihan susu td ke atas doh yang siap untuk dibakar td..
Bakar pada suhu yang paling panas lebih kurang 10 ke 15 minit sehingga kekuningan..siap bole dihidang bersama jem dan mentega atau madu..
Senang je kan? Jangan lupa cuba ya.. ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.