Saturday, November 21, 2015

Caramel Apple Crumble

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan2 sekalian..ramai yg tertunggu2 resepi apple crumble saya kn? Maaf la sbb lambat share gara2 busy kerja..
Ok resepinya mudah aje..
Untuk Short Bread Crust;
1. Cairkan api perlahan 1/2 cawan butter
2. Campurkan dengan 1/4 cawan gula putih atau gula perang, sedikit vanila dan garam
3. Campurkan 1 cawan tepung, gaulkan sampai jd doh
4. Canaikan dalam loyang (saiz 9 diameter bulat)
5. Bakar dalam oven 10 minit. Jangan sampai masak sangat.
Isi apple:
1. Hiriskan 3 biji apple hijau yg telah dibuang kulit dan biji
2. Campurkan sedikit tepung, 2-3 sudu besar, sedikit gula, sedikit serbuk kayu manis dan serbuk pala
3. Masak api perlahan sehingga apple lembut sedikit, jangan terlalu lama
Crumble:
1. Campurkan 1/2 cawan oat dengan 1/2 cawan gula perang, sedikit serbuk kayu manis, dan 1/4 cawan tepung serta 1/4 butter sejuk, gaulkan sehingga jadi crumble
3. Campurkan sedikit sos caramel
Bila dah siap semua di atas, susunkan lapisan apple atas short bread crust td kemudian tutupkan dengan crumble tadi
Bakar sehingga masak atau kekuningan..
Siap...hidangkan dengan sos caramel..
Senang je kan? Bole lah cuba untuk breakfast yang sihat esok pagi..sedap..sedap..nyum nyum..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.