Saturday, October 3, 2015

Pau Ros/ Rose Steam Bun

Salam semua..lama betul tak update blog ni kan..? Semalam hati ni teringin nak buat kuih pau bentuk bunga ros macam yang ramai duk share kat facebook baru2 ni..bila ikut resepi tu mulanya doh tak menjadi..mungkin jenis tepung berlainan. Akhirnya minta kat mak kat kampung resepi tradisi pau je..
Hasilnya...waahh pau ros ni sangat cantik sampai tak sanggup nak makan..
Nak resepi rahsia saya boleh aje..Resepinya...
2 cawan tepung
2 sudu besar serbuk yis dicampurkan 1/2 cawan air suam dan dibiarkan sebentar, bagi yis tu aktif dulu.
3-4 sudu gula ikut suka
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil perisa ros
Sedikit pewarna
Dan air untuk menguli
Uli je sampai jadi doh yang lembut dan licin. Biarkan doh naik 2 kali ganda..
Lepas tu canai doh bentuk bulatan 3 keping susun bertindih di bahagian hujung dan gulungkan. Lepas tu potong di tengah2..anda dpt la 2 kuntum bunga ros..senang je..cuba la ye..! ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.