Wednesday, October 14, 2015

Kek Coklat Tanpa Tepung

Flourless Chocolate Cake
Senang je nak buat kek ni..tak perlukan tepung pun.
Mula2 cairkan 1/2 cawan mentega dengan 4 bar coklat/ ukuran 3/4 cawan coklat yang dicincang (saya suka gunakan dark chocolate). Ikut suka anda nk guna coklat apa. Panaskan dengan api perlahan atau gunakan wap panas shj.
Lepas coklat dh cair tu sejukkan sekejap. Pada masa yang sama pukul 3 biji telur gred A dan masukkan 1 cawan serbuk koko serta 3/4 cawan gula castor (saya gunakan 1/2 cawan je gula kerana xsuka manis sangat. Tambahkan sedikit perisa vanila. Lepas dah sebati campurkan coklat cair tadi dan pukul hingga sebati.
Bakar pada suhu 150 C hingga masak. Letakkan loyang kek di dalam loyang berisi air di dalam oven anda..
Bila dh siap sejukkan dulu dan boleh la dihidangkan dengan apa sahaja yang anda suka..
Cuba la ye..pasti tak menyesal.. sedap.. hehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.