Sunday, June 7, 2015

Salad Mee Soba Jepun

Dah lama teringin nak try resepi salad mee soba macam menu kat restoran secret recipe tu..Try google tak banyak resepi yang bole diikut..lepas study resepi2 tu baru la saya dapat idea bagaimana nak cuba salad mee soba ala jepun ni.
Caranya mudah je..
Untuk penyediaan mee soba, rebus mee soba tu mcm rebus mee spageti. Kemudian toskan airnya.
Untuk sosnya pula...
Campurkan bahan di bawah:
3 sudu besar cuka putih/ apple cider
2 sudu besar minyak bijan,
1 sudu besar minyak sayuran/canola oil, 1 sudu kecil sos ikan,
2 sudu besar sos cili,
1 sudu besar bijan hitam/ bijan putih
2 sudu besar kicap soya cair.
Sedikit garam dan gula
Bahan sayurannya...ikut suka anda..untik resepi ni saya hiriskan bahan di bawah:
Lobak merah
Saderi
Bawang besar
Cili bengala
Cili padi kalau mau pedas
Timun biasa/ timun jepun
Untuk tambah perisa lagi..saya gunakan daging ayam:
Tumis dengan minyak zaitun, bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi, masukkan ayam yang telah dipotong kecil.kemudian tambahkan kicap soya cair dan sedikit sos tiram, sedikit garam. Masak sekejap sahaja..
Bila dah siap semua di atas, campurkan je mee soba, sos dan sayuran serta ayam goreng halia tu..Gaulkan dan makan..
Serius..sedapp...bagi yg sdg berdiet jaga badan inilah menu yg sesuai tau..
Jom cuba..
Happy cooking to all.. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.