Friday, April 10, 2015

Kimchi

Lama betul tidak update blog ni..semua tunggu resepi kimchi kan..?
Ok mudah je.. Bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut:

1. Sebiji kobis panjang, 
2. 1/2 biji buah pear 
3. 1/2 biji apel saiz besar, 
4. Sebiji lobak putih, 
5. Daun bawang, 
6. Bijan putih, 
7. Serbuk cili merah, 
8. Bawang besar, 
9. Bawang putih, 
10. Halia, 
11. Minyak bijan, 
12. Cuka putih, 
13. Sos ikan, 
14. Garam kasar dan
15. Gula

Caranya mudah shj..

1. Mula-mula kita potong kobis ikut suka nak saiz macam mana. Kemudian rendam kobis berlapiskan garam kasar selama 4-5 jam. Lepas tu bilas, tapis dan toskan kobis.
2. Sediakan bahan lain iaitu hiris memanjang daun bawang, buah pear, dan separuh lobak putih
3. Kemudian sediakan sosnya. Saya guna 1/2 cawan sos ikan di campur dengan sedikit minyak bijan, cuka putih, serbuk cili dan pes bawang besar, bawang putih, halia dan epal yang telah dikisar. Gaulkan dan tambahkan tepung beras yang telah di masak dengan air menjadi seperti gam untuk mudahkan kita menyatukan semua bahan. 
4. Lepas dh siap sos tu boleh la satukan semua bahan yang dihiris dan kobis tadi. Gaul sebati taburkan bijan dan bole masukkan dalam bekas dan diperam semalaman dahulu sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.siap.. hehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.