Thursday, March 19, 2015

Bihun Goreng Sempoi

Apabila perut terasa lapar malam2 apa yang paling senang dan cepat disediakan bihun goreng sempoi ni..selain magie kan?
Caranya sangat senang. Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, cili padi, udang kering, dan lada hitam jika mahu. Kemudian tumiskan bahan tersebut dengan minyak sayuran tambah sedikit minyak bijan. Tambahkan aneka sayur dan apa sahaja yang anda ada. Saya tambahkan sedikit sosej ayam, crabstick, dan mix vegie bersama kobis cincang. Tambahkan sedikit air, sos tiram, sesudu tauchu, dan akhir sekali masukkan bihun yang sudah dilembutkan..goreng hingga sebati. Oh ya jangan lupa garam secukup rasa. Siap.. kenyang perut dan jimat masa tak perlu keluar cari makanan luar. Heh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.