Sunday, February 15, 2015

Telur Dadar Dalam Zukini

Bosan dengan telur dadar yang kita selalu makan..? Haaa mari cuba resepi ini pula..sangat senang.
Bahan2nya mesti ada labu zukini, telur, bawang putih yang dicincang dan aneka herba kering.kalau tak ada herba kering boleh je nak letak daun bawang lagi sedapp..fresh..
Caranya senang je. Potong 2 zukini secara memanjang dan korek isinya keluar dan cincang isinya. Kulit zukini rebus sekejap secara terlangkup. Lepas tu toskan. Taburkan sedikit garam. Lepas tu kacau telur dengan mix vegie, sedikit garam, dan herba kering. Tumis bawang putih yang cincang bersama isi zukini. Bila dah masak masukan telur tadi dan masak separuh masak. Lepas tu letakkan telur dadar dalam kulit zukini tu tabur herba dan keju dan bakar selama 5 minit sampai keju dah cair..siap.. jom cuba..saya sudah cuba..sedapp...sgt juicy.. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.