Wednesday, February 18, 2015

Pasta Ayam Bakar

Resepi pasta ni adalah ilham yang saya dapat..sangat senang, simple, cepat disediakan..
Ayam diperam semalaman.Ikut resepi ayam bakar sebelum ni.
Pagi2 bangun dah boleh bakar ayam dengan api sederhana. Sambil tu ambil mee spageti rebuskan dengan sedikit garam.dah masak toskan lepas tu gaul dengan minyak zaitun dan herba kering basil dan saya tambahkan cili paparika.
Untuk brocoli pula saya rebus je dengan kiub stok ayam,sedikit sos tiram dan bawang putih n bawang merah yang dihiris garam secukup rasa.. siap..
Hidangkan bersama sos cili dan sos tomato. Kalau rajin buat la sos cili sendiri lagi sedap.. mudah je kan? Apalagi..jom cuba..budak2 kecil pasti sukakannya..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.