Friday, February 13, 2015

Bilis Goreng

Bilis goreng ni sempoi jer..sekejap je dah siap..kalau malam2 perut terasa lapar mari cuba bilis goreng ni makan bersama nasi panas2..memang layan habis.tak sedar separuh pinggan dah habis dimakan..
Caranya mudah sahaja. Goreng dulu bilis dan kentang sampai garing dan angkat. Lepas tu tumis bawang putih, bawang besar, dan halia yang dihiris. Tumis sampai naik bau lepas tu letak sedikit sos bbq dan air asam. Lepas tu masukkan bilis dan kentang tadi. Goreng sekejap siap..saya tambahkan habatusauda dan halba sedikit. Tak lupa juga sedikit garam.. cuba la ye.. ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.